Wednesday, January 9, 2019

Trip merdeka to Japan last year, 2018

Tujuan utama trip ni adalah untuk menjejakkan kaki di puncak Fuji-san. Waktu terbaik untuk hiking Fuji adalah pada musim panas. Kerana hanya pada waktu ini sahaja trail open for public and normal hikers. Melainkan untuk hikers yang training untuk Everest, mereka dibolehkan dengan permit dan prosedur tertentu. Lagipula, view cantik dari peak hanya dapat dinikmati pada musim panas dan  jika berada di area Kawaguchi, bergambar dengan berlatarbelakangkan Fuji hanya dapat dinikmati pada musim ini. Pada musim yang lain peluangnya amat tipis.

Trip kami 8 orang. Me and husband, my brother in law Hezu, Kak Liza, Hana, Nonie, Shida and Ejan. Plus satu family ni, Dzuhri, wife dan anak lelaki diorg, Hilmi. Kami flight sesama, tapi diorg jalan sendiri kat sana sebab wife Dzuhri tak join hiking Fuji nanti dan mungkin juga sebab diorg bawa anak, jadi ..mmm camtu lah.
Semua diorg ni aku kenal masa nk join trip ni kecuali Kak Liza dan Hana, kenal masa training hiking Bukit Wawasan. 

Itinerary kami cukup pack. Kalau boleh semua interest place nak visit, namun kekangan masa terpaksa melepaskan beberapa tempat.  Namun tak salah merancang kerana dari situ kami dapat info dan keputusan untuk pilih tempat nak visit adalah melalui research yang dilakukan untuk menyiapkan 'tugasan' itinerary tersebut. Flight tiba 1030. Dzuhri and family rushing kejar train before midnight. Nasib baik sempat. Diorg tido best malam ni. Aku ikut je la plan group member, kami jadi gelandangan elit di Haneda Airport. Rupanya ramai yang jenis macam ni. Samada nak save budget atau pun tak sempat kejar last train. Whatever reason, pengalaman ni berharga yang mungkin aku tak dapat kat mana2 dan dinegara sendiri adalah mustahil..hahaha

Itinenary kami boleh tengok sini

Hari pertama 30/08/18. 
Tido sekejap je selepas solat subuh. Tak boleh tido sbb tak biasa jadi gelandangan..hahaha. tak sampai sejam pon tido2 ayam. Mata sembap. Jam 5 pagi dah macam 7.30 pagi kat Malaysia.
Selepas 'checkout' dari airport lebih kurang jam 7 pagi, kami gerak ke Hotel. Nak simpan luggage dulu sebelum sightseeing. Di airport kami dah beli siap2 pakej pass untuk route yang akan kami lalui sepanjang di Tokyo 2 hari ni. Details nanti update kemudian sebab dan stengah tahun baru nak coret kat sini, perlukan masa nak gali balik. Apa yang penting pakej ni lebih murah berbanding beli satu2, tapi memerlukan perancangan dan penelitian terlebih dahulu supaya ianya cost effective. 
First cash transaction bila sampai airport. Beli mineral water je tapi pecah yen10k note.

Sampai hotel, dah banyak luggage kat lobby. Pastinya dari tetamu hotel yang lain. Apalagi, akulah yang macam automatically jadi cam leader utk uruskan kat counter untuk booking validation, registration, checklist luggage semua. Setel kami gerak. Pergerakan kami slow sebab semua pon hantu selfie and bergambar. Kecuali aku, tak sangatla..hihi. Nak menikmati suasana katakan..sket2 je selfie or record persekitaran untuk kenangan. 
Train odw to Asakusa Kuramae. Muka sembap sebab tak tido.

Kami ke shrine, Senso-ji Shrine..Shrine ni ada kat merata tempat. Kalau kat malaysia, kita jumpa masjid2 tapi kat sini shrine..tempat suci bagi penganut Buddha dan Shinto yang mana kedua-duanya adalah agama bagi majority penduduk Nihon, kata lain bagi Japan. Kat sini aku and husband jalan sampai Akihabara, dia macam shoplots jual2 baju dan barangan cenderahati. Tapi time ni banyak kedai tutup, tak pasti plak kenapa. Memang tempat ni untuk tourist la. Kat Akihabara ni kami nak cari makan sebab perut dah lapar. Memang aku dah set tempat makan bila tempat ni salah satu dalam itinerary kami. Jadi amat bagus merancang dengan teliti perjalanna anda. Sebab kat sini bukan macam tempat kita nak cari makan..kalau baru terhegeh2 nak googling alamat makan kebulur jawabnya. Nak2 kami suami isteri ni memang teliti dan mudah syak bab2 makan. Wajibla yang confident baru makan. Kami menuju ke restoran halal ramen, Naritaya.
Satu hidangan banyak sangat dan pedas sangat. Tak sedap pon, tapi makan je sebab perut lapar. Ada ruang solat juga, siap jama' skali asar kat sini. Sempat juga berbual dengan satu group student Indonesia yang study Technology Farming kat Japan ni. 

Odw balik lalu balik shrine ni ikut the other side..dan beli beberapa cenderahati and snap beberapa keping gambar. Panasss ..summer kan..tak lalu nak bergambar.

Balik hotel rest kejap and sempat tido rehatkan mata yang sembap. Penat sangat smpai tido mati. Lepas maghrib bersiap ke Roppongi Hill and Skytree.

Nanti tepek gambar kat roppongi hill and Tokyo Tower view from Skytree.
End our first day tour.

Nanti sambung lagi the 2nd day. Ni best sbb ke kawasan sejukk dan energy dah ada. Tido ckup..hehehe